Saturday, January 28, 2012

He Was Muhammad

Rabii'ul Awwal menjelang.

Bulan kelahiran baginda membawa rahmat.
"OMBAK RINDU" ini semakin menjulangkan gelombangnya.
Rentak lisan semakin ranum berbicara "TENTANG DIA" dan sahabatnya.
"BICARA HATI" sering lincah dalam mengimbau sirah bahagia dan berdarah.

Andai Baginda di depan menghulur hidayah dan sayang, lalu "JANGAN PANDANG BELAKANG" membiarkan ia hilang.
Sekalipun "KL GANGSTER" dan seluruh dunia ini gangster,
Namun hati ini tetap bertaman menyambut cinta hakiki, untuk
meneruskan "AYAT-AYAT CINTA" sementara usia masih berbaki.

Saat Baginda disakiti, hati ini bagai "SEMBILU" sekalipun diri ini masih banyak yang kurang.
Hati semakin sensitif dan pedih menghadapi celaan orang yang mencela Baginda,
terutamanya "KETIKA CINTA BERTASBIH".

Ayuh, kita "KONGSI" rasa rindu dan semangat juang dengan teruskan mengikuti dan berselawat ke atas Baginda. Sollu 'alan Nabiyy,
"Allahumma Solli 'ala Nabina Muhammad, Wa 'ala alihi Wa sohbihi wasallim"
Jangan sesekali "BERHENTI BERHARAP" untuk syafaatnya di akhirat.

Moga "KETULUSAN HATI" terus bersinar untuk mengungkapkan cinta sebenar.
Cinta yang real dan indah, dan bukan sekadar "MADAH BERHELAH".

Juga moga cinta dan pengikutan ini akan kekal jujur,
Sehingga rumahku berpindah ke "TANAH KUBUR".












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...