Sunday, October 30, 2011

Your Opinion?

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.



"kamu akan mengikut umat yang terdahulu (yahudi & christian) 
sehasta..demi sehasta..sampai mereka masuk lubang biawak pun,kamu tetap akan ikut.."..sahabat bertanya.."yahudi Nasrani ke Rasululah, yg umat mu akan ikut???NABI JAWAB :: "SIAPA LAGI..kalau tidak yahudi nasaro"...perawi : Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu,

http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Antara response yang diberikan:

1.  Secara kebetulan saja..... yg penting tutup aurat. Dan satu lagi, suara pung aurat jgak ..... ya tak

komen aku: Secara kebetulan? mungkin. Tapi kebetulan boleh diubah sekiranya pemahaman Islam dihayati and diamalkan untuk elakkan lebih banyak 'KEBETULAN' terjadi.

2. teguhkan keimanan dan ketakwaan...insyaallah,,,,,selamat,,,amin

komen aku: Alhamdulillah. Pemikiran optimistik!

3.  kbur je msing2,tp ingt, org yg kafankn kita 6t org lain,,org yg doakn kita pn org lain,mbca yasin tuk kite pn org lain..

komen aku: Kubur masing-masing tapi nanti kat akhirat kita yang muslim ni kene join sekali sebabnya yang buat perkara ni adalah muslim juga. Lainlah if kita dah beri teguran or yang seumpama dengannya.

4.  ler ni style pkaian je ni,,bkn tiru pn,,hbs 2 org kristian pn pkai bju,kite pn tiru kristian jgk la cmtu??abes tu imam tiru paderi ke pkai jubah??tiru cra hidup tu yg slah,minum arak ke,xttup aurat ke,gaul bebas,,2 bru pggl mniru yahudi

komen aku: Bagi aku, tak payahlah pakai pakaian yang berfesyen macam ni sebabnya boleh menimbulkan fitnah. Menjauhi fitnah kan lebih baik. Kesimpulan selepas aku baca penerangan kat bawah ni. Taken from here:



Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka di tempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; “Harus”. Dikatakan kepadanya; “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab; “Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”. Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukakan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati Kristian? Persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati Kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung:
[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

5. abis, pemain bola pakai suar pendek tu xde plak nak komen.....islam semakin hancur jika x tukar kerajaan dgn cepat.... bertindak segara....pangkah pas....heeeeeee

komen aku: Pemerintah kena faham iman, islam dan ihsan baru boleh nak mendabik dada bahawa Malaysia ni negara Islam.

6. Mmng tk ok gaya cmtu, tp mana lg ok, pkai tdung ke tk pkai tdung. Jawab?

komen aku: pakai tudung lebih baik. Tapi lebih baik if gunakan gaya yang betul.

Secara konklusinya berfesyen dibolehkan dalam Islam. Tapi biarlah kena dengan gayanya. Sekarang ni kita duduk dalam zaman fitnah yang berleluasa. Allah dan Rasulullah suruh kita jauhi fitnah. If pemakaian-pemakaian yang begini dan begitu boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat maka wajarlah bagi kita untuk elakkan. Pakai pakaian yang cap Chicken Brand pun okey apa. Aku selalu je guna.

That's all. Wallahua'lam.


p/s: I'm sorry.

Sunday, October 23, 2011

Thola'al Badru 'Alaina

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

I just wanna share with you about Fiqh. Hope you learn something.


Kisah Nyanyian (Sya’ir) Thola’al Badru ‘Alaina Ketika Hijrah Nabi
Kisah Yang Masyhur Tapi Tidak Sahih



Sya’ir Thola’al Badru ‘Alaina memiliki hubungan yang erat dan seringkali digandingkan dengan kisah Hijrah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari Makkah ke Madinah. Dalam masa yang sama, ia turut dijadikan sebagai dalil untuk mengharuskan lagu dan muzik sama ada bagi tujuan dakwah atau hiburan.

Malah ia seringkali dinyanyikan oleh masyarakat nusantara terutamanya kalangan Melayu Islam di Malaysia. Ia biasanya dinyanyikan atau dianggap sebagai nasyid ketika hari raya, sambutan maulid Nabi, marhaban, sambutan ulangtahun hijrah (awal Muharram) dan seumpamanya.

Apapun, sebenarnya para ulama telah menegaskan bahawa riwayat syai’r tersebut sebenarnya adalah lemah (dha’if). Sebarang penyandaran sya’ir tersebut kepada kisah hijrah Nabi sebagaimana yang banyak dilakukan oleh para tukang cerita, para ustaz, filem-filem rekaan, sebahagian kitab-kitab sirah, dan orang-orang terkemudian sebenarnya perlu ditinjau semula dengan baik dan adil.

Lafaz sya’ir yang dimaksudkan adalah:

طَلَعَ البَدْرُ علينا مَن ثَنيَّاتِ الوَدَاعِ
“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatil Wada’…”
وجبَ الشُّكرُ علينا مَا دعا للهِ داعِ
“Dan kami wajib bersyukur, atas apa yang diserukan oleh penyeru kepada Allah...”

Syaikh Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan menyatakan:

“Imam al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad dari (‘Ubaidillah) Ibn ‘Aisyah. Katanya, “Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tiba di Madinah, para wanita dan anak-anak mengucapkan: (Sya’ir dengan lafaz sebagaimana di atas).”.” (Dala’ilun Nubuwwah, m/s. 506. Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 87 – Daar Thoyyibah)

Al-Baihaqi juga meriwayatkannya dalam Dala’ilun Nubuwwah pada bab yang lain, iaitu bab orang-orang menyambut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika pulang dari Perang Tabuk. Kemudian al-Baihaqi menyebutkan:

وهذا يذكره علماؤنا عند مقدمه المدينة من مكة وقد ذكرناه عنده، لا أنه لما قدم المدينة من ثنية الوداع عند مقدمه من تبوك، والله أعلم، فذكرناه أيضا هاهنا

“Ini disebutkan oleh para ulama kami ketika beliau tiba di Madinah dari Makkah, dan kami telah menyebutkan pada tempatnya. Bukan ketika beliau tiba di Madinah melalui bukit Tsaniyatul Wada’ ketika beliau datang dari Tabuk, wallahu a’lam. Tetapi kami tetap menyebutkannya di sini (dalam bab ini).” (Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 87 – Daar Thoyyibah)

Penjelasan Kelemahan Riwayat Sya’ir tersebut:

[Pertama] Al-Hafiz al-‘Iraqi rahimahullah (Wafat: 806H) mengatakan:

أخرجه البيهقي في دلائل النبوة من حديث عائشة معضلا وليس فيه ذكر الدف والالحان

“Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala’ilun Nubuwwah dari hadis ‘Aisyah, ianya mu’dhal dan tidak dinyatakan padanya disertakan dengan duff (kompang) atau irama lagu (sebagaimana diutarakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin – pent.).” (Takhrij al-‘Iraqi dalam Ihya’ ‘Ulumuddin, 3/252 – Maktabah Syamilah)

* Mu’dhal bermakna pada sanadnya gugur dua atau lebih perawinya secara berurutan.

[Kedua] Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:

ضعيف. رواه أبو الحسن الخلعي في "الفوائد" (59/2) وكذا البيهقي في "دلائل النبوة" عن الفضل بن الحباب قال: سمعت عبد الله بن محمد بن عائشة يقول فذكره. وهذا إسناد ضعيف رجاله ثقات، لكنه معضل سقط من إسناده ثلاثة رواة أو أكثر، فإن ابن عائشة هذا من شيوخ أحمد وقد أرسله. وبذلك أعله الحافظ العراقي

“Hadis ini dha’if (lemah). Diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Khal’i di dalam al-Fawa’id, 59/2. Begitu juga al-Baihaqi dalam Dala’ilun Nubuwwah daripada al-Fadhl B. al-Habbab. Beliau berkata, “Aku pernah mendengar ‘Abdullah B. Muhammad daripada ‘Aisyah mengatakan, “(riwayat tersebut).”

Sanad ini lemah, para perawinya tsiqah tetapi mu’dhal kerana gugur dari sanadnya tiga orang perawi atau lebih. Ibn ‘Aisyah adalah salah seorang syaikh (guru) Ahmad, tetapi ia menyebutkan secara mursal. Al-Hafiz al’Iraqi juga melemahkannya.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

Beliau menjelaskan lagi:

تنبيه : أورد الغزالي هذه القصة بزيادة: "بالدف والألحان" ولا أصل لها كما أشار لذلك الحافظ العراقي

“Sebagai peringatan: al-Ghazali mengutarakan kisah ini (dalam Ihya’ ‘Ulumuddin) dengan memberi tambahan “disertakan padanya pukulan duff (kompang) dan irama lagu.” Tetapi sebenarnya tambahan tersebut tidak ada asalnya sama sekali sebagaimana diisyaratkan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

على أن القصة برمتها غير ثابتة

“Secara keseluruhannya, kisah ini tidak tsabit.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

[Ketiga] Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) juga mengulas kisah (atau sya’ir) ini dalam Fathul Bari. Beliau mengatakan:

وأخرج أبو سعيد في شرف المصطفى ورويناه في فوائد الخلعي من طريق عبيد الله بن عائشة منقطعا لما دخل النبي صلى الله عليه و سلم المدينة جعل الولائد يقلن طلع البدر علينا من ثنية الوداع وجب الشكر علينا ما دعا لله داع وهو سند معضل ولعل ذلك كان في قدومه من غزوة تبوك

“Abu Sa’id mengeluarkan dalam Syaraful Mushthafa dan kami meriwayatkannya dalam Fawaid al-Khal’i dari jalan ‘Ubaidillah B. ‘Aisyah secara munqathi’ (terputus sanadnya), ketika Nabi memasuki Madinah, kanak-kanak perempuan serentak mengucapkan:

“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatil Wada’…”

“Dan kami wajib bersyukur, selama yang berdoa mendoakan kepada Allah...”

Ini adalah sanad yang mu’dhal. Kemungkinan peristiwa ini terjadi ketika beliau kembali dari perang Tabuk.” (Fathul Bari, 7/261-262)

Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyatakan, “ad-Dawudi mengingkari riwayat ini.” (Fathul Bari, 8/128)

[Keempat] Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) dalam Zaadul Ma’ad mengatakan:

وَبَعْضُ الرّوَاةِ يَهِمُ فِي هَذَا وَيَقُولُ إنّمَا كَانَ ذَلِكَ عِنْدَ مَقْدِمِهِ إلَى الْمَدِينَةِ مِنْ مَكّةَ وَهُوَ وَهْمٌ ظَاهِرٌ لِأَنّ ثَنِيّاتِ الْوَدَاعِ إنّمَا هِيَ مِنْ نَاحِيَةِ الشّامِ لَا يَرَاهَا الْقَادِمُ مِنْ مَكّةَ إلَى الْمَدِينَةِ وَلَا يَمُرّ بِهَا إلّا إذَا تَوَجّهَ إلَى الشّامِ

“Sebahagian perawi telah melakukan kesilapan berkaitan bait sya’ir ini dan mengatakan perkataan tersebut diucapkan ketika beliau tiba di Madinah dari Makkah. Dan ini adalah kekeliruan yang jelas. Kerana Tsaniyatil Wada’ adalah tempat yang letaknya dari arah Syam. Manakala orang yang datang dari Makkah menunju Madinah tidak akan melihatnya, juga tidak akan menemui tempat tersebut melainkan jika dia hendak menuju Syam.” (Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’ad, 3/480)

[Kelima] Syaikh Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan menyatakan, “Di antara indikasi kelemahan kisah ini, bahawa riwayat-riwayat yang sahih tentang masuknya Nabi ke Madinah ketika hijrah tidak menyebutkan (walaupun secara umum) apa yang boleh menjadi bukti kebenaran kisah ini.

Bahkan riwayat-riwayat yang sahih menceritakan kata sambutan (jeritan kerana gembira) penduduk madinah di ketika beliau tiba. (Tidak diceritakan adanya sya’ir atau nyanyian)

Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya bab hijrah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat ke Madinah, meriwayatkan hadis Anas B. Malik. Di dalamnya disebutkan, “Maka di Madinah ada yang mengatakan, “Nabi Allah datang, Nabi Allah datang...” Lalu mereka pun menuju ke tempat yang tinggi untuk melihat. Mereka mengucapkan, “Nabi Allah datang...”

Dan dalam hadis Bara’ B. ‘Azib disebutkan, “... kemudian Nabi datang. Aku tidak pernah melihat penduduk Madinah begitu gembira sebagaimana gembiranya mereka disebabkan kedatangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malah hamba-hamba wanita berteriak, “Rasulullah datang!” Dalam riwayat yang lain, “Lalu para lelaki dan wanita naik ke bumbung-bumbung rumah, manakala anak-anak dan para pelayan bertempiran di jalan-jalan. Mereka berteriak, “Ya Muhammad, ya Rasulullah... Ya Muhammad, ya Rasulullah...”.”

Ibnu Ishaq yang begitu terkenal sangat teliti dalam mencatat riwayat-riwayat sirah dan mengikuti peristiwa demi peristiwa pun tidak menyebutkan nasyid (lagu) ini dalam cacatan sirahnya.” (Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 89-90 – Daar Thoyyibah)

Wallahu a’lam.
 

Sedarkah Kita?

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Anda pernah dengar nama ‘Natrah’ sebelum ini?

Natrah bersama ibu angkatnya, Che Aminah
Gadis berketurunan Belanda ini telah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada 24hb Mac 1937 dan beliau telah diberikan nama sebagai Maria Hertogh atau Bertha Hertogh.
Pada bulan Disember 1942, Bertha Hertogh yang berumur 5 tahun pada ketika itu telah diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad untuk dipelihara . Ibu kandungnya Adeline dan neneknya Nor Louisenya telah menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana bapanya telah ditawan oleh tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad adalah merupakan seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Bertha Hertogh telah diberikan nama Natrah dan terus dibesarkan di dalam suasana  kehidupan  dan pendidikan Islam. Che Aminah membawanya balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu pada 15hb November 1945 melalui Singapura kerana masyarakat di Indonesia pada ketika itu sangat membenci orang kulit putih yang telah menjajah Indonesia.
Bapa Natrah, Sarjan Hertogh kemudiannya dibebaskan pada 1945 selepas Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah telah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu pada September 1949, sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
Pada bulan April 1950, Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh yang kemudiannya membawa kes tersebut ke mahlamah. Dalam perbicaraan yang pertama, Ketua Hakim Mahkamah telah mengarahkan agar Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura mulai 22 Mei 1950.
Manakala pada perbicaraan ke dua bertarikh 19 Mei 1950, peguambela Encik Ahmad Ibrahim telah berhujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. (Allahyarham Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura).

Detik manis Natrah bersama suami tercinta, Mansor Adabi
Dikhuatiri peristiwa yang menakutkan ini akan berulang, maka  Natrah telah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung pada 1hb Ogos 1950 di Singapura.
Di perbicaraan seterusnya pada 2 Disember 1950, Ketua Hakim telah mengeluarkan perintah yang ke 3 untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Dalam kes ini, mahkamah mengakui bahawa Natrah telah secara rela dan tanpa dipaksa oleh sesiapa berhendak meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim.
Mahkamah kemudiannya telah memutuskan bahawa, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah pula tidak menyebut ‘ibubapa’ tetapi ‘penjaga’nya. Secara mendadak, tiba-tiba isu ini bertukar daripada isu agama kepada isu hak jagaan.
Hakim memberikan keputusan pada 12hb Disember 1950 bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya menjadi seorang penganut Katholik.

Isu Natrah di media perdana Tanah Air
Dari hari ke hari, isu ini menjadi semakin panas dan masyarakat Islam di Nusantara mengikuti perkembangan ini dengan begitu rapat sekali. Ianya menjadi semakin rumit sehingga mencetuskan satu rusuhan yang besar yang pernah berlaku di Tanah Melayu dan lebih khususnya di negara jiran iaitu Singapura pada tahun 1950 ini. Bahkan ada di kalangan umat Islam di Karachi, Pakistan juga yang telah mengadakan prores kerana bersimpati dengan nasib dan masa depan Natrah.

Tragedi berdarah Natrah – 1950
Umat Islam di Nusantara terutamanya di Tanah Melayu dan Singapura bangkit dek kepanasan bagi menentang usaha dan cubaan pihak tertentu untuk melari dan memurtadkan Natrah. Rusuhan ini telah menyaksikan seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera. Malahan Singapura juga telah dikenakan perintah berkurung selama dua hari.
Itulah harga aqidah di mata umat Islam pada tahun 1950.
Aqidah seorang yang bernama Natrah bukanlah satu barang murahan yang boleh dilelong atau dijual-beli malahan ianya begitu berharga sekali. Sekalipun umat Islam di Tanah Melayu masih dijajah British namun jiwa mereka masih merdeka untuk bangkit bersama di atas isu perdana umat iaitu isu aqidah.
Kalau dahulunya, Tanah Melayu dan Singapura digemparkan dengan seorang Natrah. Namun kini ratusan dan malahan ribuan Natrah tidak lagi membekaskepada jutaan hati umat Islam di rantau ini.
Biarpun kita mungkin mempunyai pandangan dan kaedah bekerja yang berbeza, namun sensitiviti umat Islam dengan agamanya jangan sekali-kali dibiarkan luntur.
Natrah….oh Natrah….
Biarpun kita punyai sejuta wajah, pastikan umat terus punyai satu aqidah….
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

Blog: Peduli Ummah
* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & Naib Presiden 1 I-Medik.

Saturday, October 22, 2011

It Easy Guys!

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

People out there, let us join campaign to help people in Palestine. What you need to do is just follow the following steps:

1. Type PALESTIN 10/5/3/1
eg: PALESTIN 3

2. Send to 39111

3. You will receive a message,' Terima kasih kerana menderma untuk tabung aman palestin.'

Easy rite? Why don't you try it?
They need our help. Do remember our relatives there.

May Allah bless us.

Wallahua'lam.

Friday, October 14, 2011

BERKASIH SYG SBELUM ATAU SELEPAS KAHWEEN?

Salam alaik.
Arini ak tertarik dgn 1 ayt Quran yg kutemui dimana mksudnya amat2 la mencucuk jiwa2 mereka yg selama ini tidak sedar tindakan mreka slme itu adlh salah..

Surah Al Ruum ayt 21
 Dgan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..



Allah berfirman ; dijadikan dahulu isteri atau suami , bru timbul kasih sayang.

TETAPI....

Dunia sekarang sebaliknye, x kawen lg tp dah dipuaskn dahulu dgn berkasih syg, berpegang tgn,beramah mesra mgalahkn org laki yg dah berpoligami kawen 4, menopap (topup) dosa jeh, akhirnya bru mnju pernikahan. Ni pemikiran yg salah. Klo btol kite umat Islam, kite akn ikut ape yg Quran ckp, X perlu la nk bergedil lg, eh silap type plak, x perlu la nk berdegil lg nk buat cmtu. Lgpon nk berkasih syg sblom kahwen ni kan x elok, mende2 cenggini lebih kpd just utk memuaskan nafsu je. Dan jgn lah kamu menghampiri zina. Dlm Quran pon da ckp cmtu. Hampiri zina tu byk contohnye n in simple word yg berlegar dlm cerebrum ak ni adlh mcm bonceng moto laki prmpuan, mkn sama2 la, rindu sana rindu sini, n mcm2 lg. hAihh teibe plop ak emo..
ABJZ???
Anda Bijak? so Jauhilah Zina =)


sleep tym ~

Saturday, October 8, 2011

LOVE..LOVE..LOVE

Salam. hhaaa, bce tu. Be sure to tell someone that you love them. Sapekah? Bukan bf korang,bukan gf korang. Tapi kepada ke DUA IBU BAPA kite..
okey =)

Sayang mak ayah kite ke or sayang bf or gf kite?

Kite syg mak ayah kite x?? klo syg kan..bce dlu la artikel ni =)
..............


Mana Mak?'



Jam 6.30 petang.



Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.



Ayah baru balik dari sawah.



Ayah tanya Mak, “Along mana?’



Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”



Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”



Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”



Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”



Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”



Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”



Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”



Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian



Jam 6.30 petang



Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.



Ayah tanya Along, “Mana Mak?”



Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”



Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”



Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”



Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.



Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”



Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.





Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.



Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"



Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”



Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .



Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.



Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.



Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.



Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."



Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”



Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.



Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian



Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.



Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”



Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.



Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.



Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..



Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.



Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,



"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.



Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"



Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
............the end, so dr artikel ni,based on my opinion,,



 Artikel ni menarik. Bg ak sgt mnrik. Adakah kite sayang ibubapa kite? jike ye,Alhamdulillah. Perasan x klo kite ade couple sng cte bf or gf, kite msti akn ckp 'syang awak rindu awak' tp klo kite nk ckp bnde yg sme kpd kdua ibu bapa kite mcm susah kan. The main point here ak nk mention just igtlah kpd 2 ibubapa kite sblom kite ckp 'sayang' kpd bf n gf kite. Tak dinafikan perasaan nak disayangi dan menyanyangi bile kite dah ade couple tu adlh fitrah tp thats so rude n unhumanity (btol ke word ak ni) jike kite express SAYANG tu kpd pasangn couple kite tp BUKAN kpd ke 2 ibubapa kite. ATAUPUN SAYANG kpd pasangn couple kite melebihi kpd SAYANG kpd ke 2 ibubapa kite. Sayangilah mreka sementra mreka masih ada. Yg sudah tiada, panjangkan doa merahmati mereka. Wallahu aa'lam.

Gula-gula dan tudung.

Ini adalah kisah antara.. tudung dan gula gula..



Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim...

Lelaki non-muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusanya. kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai. lalu bertanya kpd lelaki non-muslim "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
... ...
Lelaki non-muslim : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.

Lau Kana Bainana

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

If You are between us...



When will I get the chance to meet the Prophet Muhammad s.a.w?

My lecturer once said, "life is always fun only human make it complicated."

Is it true? 
The key point here is we have to obey God's laws, then we will get back what we suppose to get.
Everything in this world is from Him. He knows everything better. However, in reality we act like we know everything better than Him. We didn't follow His rules. 

It is good when we always put a mirror in front of us in order to reflect back what we are going to do. Think wisely.

I don't have any specific ideas to share. I just write...write...write.

I like this song. Hope you will be enjoying too.

Always believe there is light at the end of the tunnel and we will have a better chance of continuing to move forward when faced with obstacles.

"My dear Allah, when I loose hope help me to remember that. You love is greater than my disappointments and Your plan for my life are better than my dreams."

May your life be blessed.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...