Friday, December 30, 2011

Ape object nie?


Haa. Ni ak jmpe kat Perpustkaan Tunku Abdul Rahman (PTAR 1).
Lokasi ak jmpe ni kat atas lantai bwh meja tp meja ni kat tmpt yg hidden skit.
Ape 1st impression klo korg nmpak bnde ni?
Ak pgang, bukak, nengok ada arang dlm gauge ijau tu. Mcm apa exactly purpose owner tu ltak arang kat situ??
Tye dak2 yg study sne,dorgpon plik gak. Mcm tangkal pon ade.
Ak bwk objek tu ke kaunter ptar tu,tye abg ptar yg duk kt sne tu, dy ckp dy pon x tau n no idea why ade bnde tu n dy nak pegang bnde tu pon tkot.
Ak tye kwn ak, dorg ckp ....
jawapan kwn 1st-tu utk serap lembapan
ooo. yke. bru tau. tp ap purpose nak serap lembapan dlm ptar..
jwpn 2-tu tangkal untuk halau hantu penanggal..
ekkkk, mremang bulu roma..
Confius~

Monday, December 19, 2011

Sayounara

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dear bapak,

"At the last time we were together, there were so many things that I’ve learned from you. Indirectly, you taught me on how to live in patience, sincerity in everything, and good to anyone and accept all the things that God do. Indeed, I wish to really love the last end, when you’ve shown me on how to say `Allah...Allah’ till your last breath goes. Thank you for taking care of me until I reach my twenty two. In between my hope and fear across the coming day, I will try my best to always put you into my reminder."

Genap seminggu meninggalkan kami, bahang rindu sudah terasa. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman pak_(Hj Abg. Johari bin Hj. Abg Syarbini)

Al-Fatihah.

Secebis madah kata yang sempat ditulis oleh seorang seniorku. Mungkin dek kerana rindu yang meronta, maka tercetus madah bicara ini. Kepada senior, semoga terus tabah. Hidup ini hanya pinjaman dan hanya dipinjamkan untuk tika waktu yang singkat. Kebetulan hari Ahad yang lepas, ustaz ada menyebut tentang perkara ini.

Kematian itu satu kepastian. Kesedihan kerana kehilangan itu satu fitrah. Tapi jangan sampai fitrah yang satu ini melampaui batasan yang telah ditetapkan. Kepada yang masih hidup, semoga kita terus mencari keredhaanNya. Yang pergi tetap akan pergi yang hidup juga pasti akan menyusli. Di mana dan bila, itu urusan Yang Maha Kuasa.

Sebagai selingan dan perkongsian, inginku panjangkan sebuah ilmu yang diterima kepada kalian.

“Apabila berdoa, maka berdoalah dengan doa yang bersifat jama’ contohnya seperti: Rabbana Atina Fiddunya Hasanah, Wa fil Akhirati Hasanah, Waqina `Azabannar yang bermaksud Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab neraka.”

Wallahua’lam.

Monday, December 12, 2011

Bersyukurlah!

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.



Wallahua'lam.

Sunday, December 11, 2011

Cinta Alam Maya =)




Direkemenkan cari jodoh bukan dari fb atau yg gila fb, twitter.

"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"

"Pen merah, pen biru, jgn marah i lap u"



Wednesday, December 7, 2011

Jom nyanyi sama sama Jom..


Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang? Nanti jawab ujian, tanyalah akal..
Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..

Tuesday, December 6, 2011

cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..?

Assalamualaikum dan salam dot..dot...dot..

Penulis pernah baca satu kisah benar..tp penulis lupa dimana penulis baca..

Dan penulis tak lah ingat sangat,apa yang dibaca,tetapi...penulis ingin berkongsi apa intipati utama post itu,mengikut pemahaman penulis sendiri ..

Begini kisahnya..

Mengenai seorang remaja lelaki ..

Dia bercinta dengan seorang gadis yang begitu cantik..

Dan mereka saling mencintai ..

Setiap hari,mereka menghabiskan masa bersama sama..

Namun begitu,mereka MASIH MENJAGA BATAS PERGAULAN ..

Mereka hanya berSMS dan tidak pernah berjumpa di mana mana secara berdua duaan ..

Satu hari,Si lelaki ini mengikut satu program dakwah ..

Disebabkan dia mempunyai asas agama,dan dia kemudian turut serta dalam golongan pendakwah itu..

Disana,dia berkenalan dengan ramai senior dalam dakwah..

Mereka menyeru kepada kebaikan,dan mengcegah maksiat..

Satu hari,mereka berjumpa dengan pasangan bercinta yang sedang membuat maksiat di pantai..

Lalu mereka sama sama menegur,dan menasihati pasangan itu secara baik ..

Mereka berjaya..

Pada malam itu,diadakan usrah sesama mereka ..

Mereka kemudian berbicara mengenai dakwah mereka pagi tadi..

Hasil dari usrah,mereka mendapati,bahawa kesan daripada aktiviti maksiat itu adalah wujudnya mainan CINTA..

Si lelaki yang turut sama dalam usrah itu cuba pertahankan konsep cinta sesama manusia..

Walaupun rakan rakan usrah yang lain berpendapat,bahawa CINTA sebelum nikah itu salah (ana tak guna haram kerana ana sendiri tidak tahu,apa sebenarnya hukum yang tepat)

Tetapi dia cuba persoalkan dengan mengatakan bahawa tidak semuap asangan bercinta membuat maksiat..

Kemudian,ahli usrah yang lain berkata,

"benar,tidak semua pasangan bercinta bermaksiat,tetapi ingatlah firman Allah yang iaitu "Wa laa taqrabuz zinaa" yang bermaksud "janganlah kamu menghampiri zina"

Allah tidak kata "janganlah kamu berzina ,tetapi Allah gunakan perkataan "HAMPIRI ZINA "

Bagaimana HAMPIRI zina itu?

Dengan bercinta...maka zina semakin hampir berbanding dengan pasangan tidak bercinta...benarkan?

Si lelaki itu masih keras..

Dia tetap yakin dengan dirinya,dan cintanya ..

Tetapi,kerna hidayah Allah padanya..

Dia tidak merasa tenang dan senang..

Dia cuba memcari nas nas yang memebenarkan CINTA..

Tetapi ....

Tiada ... kalau ada pun,tidak dapat dikaitkan ..

Lalu dia berjumpa secara peribadi dengan seorang senior nya..meminta pandangan..

Dia menceritakan segalanya..

Seniornya kemudian berkata,

Sekiranya kamu mencintai dia,kamu patut melepaskan dia kerna kamu dan dia sama sama menanggung beban untuk dilaknat Allah kelak..

 
   Perasaan cinta itu suatu fitrah dan anda bertuah sekiranya terbit perasaan tersebut,kerana itu menandakan anda seorang manusia yang normal.

Tetapi kita juga dikurniakan akal fikiran untuk memandu keinginan nafsu dan berfikir untuk melakukn sesuatu berlandaskan ajaran Allah. 

Namun sayang kerana ramai yang ambil langkah untuk bercouple..

Persoalannya sekarang, adakah Couple itu satu perkara yang diajar oleh nabi Muhammad kepada kita?

jika anda sudah tahu semestinya jawapan bagi persoalan itu adalah Tidak, lakukan penghijrahan. 

Tidak perlu tunggu dan mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan cinta naif anda. Tinggalkanlah perkara yang mengundang dosa itu.

Kemudian..

Si lelaki itu memohon petunjuk dari Allah..

tidak lama kemudian..

Dia memutuskan untuk bercakap dengan teman wanitanya..

walaupun Dia masih berat untuk melepaskan kerna cinta dan sayangnya kepada perempuan itu..

sekeping SMS dihantar kepada teman wanitanya ...

"Assalamualaikum,saya ingin kamu mengetahui,bahawa saya amat mencintai kamu,tetapi, saya baru sedar,hubungan kita sebenarnya TIDAK MENDAPAT REDHA Allah,...sukar untuk saya membuat keputusan ini,tetapi saya harap,kita berhenti sahajalah dari hubungan terlarang ini..saya bertindak begini bukan kerna cinta saya kepada kamu sudah hilang,tetapi kerna cinta saya kepada Allah kian bertambah,dan sekiranya ada jodoh antara kita....InsyAllah dengan izinnya....kita akan bersama kelak,maafkan saya..assalamualaikum" (Anda boleh copy untuk dihantar kepada pakwe/makwe anda...ehe)

Lalu,teman wanitanya membalas ,

"Terima kasih,sama sama doakan jodoh kita kelak..assalamualaikum" 

Si lelaki itu berasa amat berat,sedih dan begitu terseksa zahir dan batinya ..

Tetapi...

Cinta kepada Allah membuatkan dia semakin kuat...doanya,dia tetap berharap akan jodoh mereka. ..

Begitu....adalah anda MASIH TAK MAMPU untuk tinggalkan PASANGAN anda??


Imam Al Ghazali pernah menulis,

"Sekiranya kamu sayang akan seseorang itu,doakanlah kebaikan untuk dirinya."

Doa itulah sebenarnya tanda bukti sayang dan kasihnya kita terhadap seseorang.Bukan dengan cara menjalinkan hubungan..Ingat,matlamat tidak menghalalkan cara..berpeganglah pada janji Allah.Dia tidak pernah memungkiri janjinya.

Seandainya anda takut kehilangan pasangan yang anda sayangi itu,yakinlah pada Allah.

Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya.Boleh jadi sesuatu yang anda sukai itu tidak baik buat diri anda,dan boleh jadi sesuatu yang tidak anda sukai itu amat baik untuk anda...

Tawakkal dan serahlah semuanya pada Allah..Bukankah Dia yang menentukan ajal dan jodoh pertemuan kita semua?

SEMOGA KITA SEMUA....SENTIADA DALAM REDHA ALLAH ...

PS- Penulis tidak mahu bersikap hipokrit,dan kata orang "eleh,amar tu,bila dah putus cinta baru tulis camni...dulu....."

Benar...dulu ana pun pernah sama begini...

Dan ana tidak lah meminta putus kerana cinta kepada Allah,tapi kerana budak tu tinggalkan ana untuk ke lelaki lain ..huhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhuhuhu.....waaaaaaaaaaaa

Tapi,ana percaya...

Ini rencana Allah untuk ana..

Semoga,Allah juga merencanakan yang terbaik untuk kalian semua..

cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..

Semoga kita diampunkan Allah ....
cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..?

Monday, December 5, 2011

bila 9 n 10 muharram?



9 n 10 muharram jatuh pd tanggal isnin(5.12.2011) dan selasa (6.12.2011) ye kawan2.. pesanan ikhlas tuk kawan2 yg confuse dgn tarikh atau hari yg disunatkan puasa dan kpd kwn2 yg ade kat luar smenanjung dan oversea, maklumla kalendar kuda kan susah nak dpt mlainkn kt semenanjung malaysia 
Selamat berpuasa =)

Sunday, December 4, 2011

Hijrah...

Sekarang da 8 muharram. Skjap je masa berlalu..

     Mula2 ak nak tye korg, ape itu Maal hijrah ye...? (spe tahu agkt tgn) erm. Secara umumny sambutan maal hijrah yg disambut oleh kita pd awal 1 muharram, rata2nya kita fhm smbutan itu adlh utk kita menghayati  n mgenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah SAW dr Makkah ke Madinah aka Yathrib dan boleh djdkn titik tolak utk kita mgenang sejarah perjuangn Rasulullah SAW.

Okey. Hijrah Rasulullah dahulu adlh utk mmbawa transformasi (sje ltk word gempak) dan perubahan kpd dunia manusia yg lbey bertmadun, smbutan tahun bru hijrah itu bkn skdr utk mengingati tu je, (terigt tym ak form 4 kot, ikot sama kontinjen skola berarak smpena smbutan maal hijrah kat stdium melawati) ttp boleh mnjd 1 medium utk mengingatkan kite supaya berhijrah juga tp hijrah yg bagaiman..?? hijrah utk mnjd lbey baik dr sebelumnye, mungkin pd waktu lain kite terlupe atau tidak perasan. Kan2?

Hijrah xkan terlaksana tanpa IMAN dan JIHAD. Ak interpret ayat ni as mcm erm hijrah ade dlm bntuk 2. Hati dan perlakuan. Hati tu mcm kite berhijrah dgn mnetapkan hati kite dgn keimanan. Perlakuan pula dgn jihad,action ape yg kite dah tetapkan dlm hati tu. Contoh dlu ak suka sgt x baca almathurat(erti kata lain malas la), tp kali ni ak nk start bce sbb tu adlh zikir2 amalan Rasulullah. okey itu hijrah hati. Mksudny kita sudah plan. Hijrah dlm konteks jihad plop, kne la ak action kan ape yg ak dah terdetik dlm hati. So kite kne buat dgn perlakuan, amek almathurat pas solat esp sbuh n asar n bce. Yg xde,beli. Klo nak free, pm aku. Ak leh bg. haha. Murah je almathurat x smpi rm2. X rugi beli.


Erm mcm2 lg bnde kite boleh hijrah,improve, termasuklah muamalat kite ke, buat byk bnde yg sunat2 ke, klo dlu kite kurang nak buat dakwah ke, kurang nak ajak kawan lain buat baik ke, kite boleh berubah utk bykkn berdakwah. Ckp psl dakwah, just remember one thing. 47:7. iaitu surah ke 47 surah Muhammad, ayt 7. 'wahai org2 beriman!Jika kamu mnolong (agama) Allah, nescaya Allah akn mnolongmu dan mneguhkan kedudukanmu' ..
N klo korang sume termasuk dlm golongn yg sedang berhijrah ni, insyaAllah Allah akn bantu kita, kuatkan kita, sama2 lah kita beristiqamah dan bermuhasabah dgn ap yg kite da buat slma ini. Hidup hanya smntara, Akhirat dunia abdi  =)

Saturday, December 3, 2011

Hayya 'Alas Solah?

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

If the excuses we made can bring us towards Jannatullah...Alhamdulillah.

But how if the excuses we made will bring us towards Naar?

Simple Excuses...


but have great effects in the future...

Let us think and do care about it.

It is very difficult to be a muslim,
but it is more difficult to be a mu'min,
and it is the most difficult to be a mujahid,
and to be istiqamah...it is superb difficult!

but then, biar rebah,
takkan ku endah takkan ku kisah,

I'll be strong!
I'll be tough!

Demi Allah,

kerna akhirnya ku tahu indah
iaitu menang atau Jannah.

Striving is always hurting but then it will sure come up with a great thing. InsyaAllah.

May Allah bless us. Wallahua'lam.

Sunday, November 27, 2011

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ


“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ


“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ


“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ
“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn AbbasMaka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.

4 tingkat rezeki

Ada 4 tingkat rezeki dari Allah: 


1. Rezeki yang dijamin oleh Allah swt untuk setiap makhluk, termasuk manusia yang berakal. Ertinya Allah akan memberikan makan, minum untuk makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah, seperti kita lihat orang-orang yang tinggal di hutan-hutan, mereka dapat tetap hidup walaupun tanpa ilmu Al Quran, Injil ataupun Taurat. Begitu pula orang-orang yang tinggal di kota-kota, walaupun ia tidak ada ilmu atau malas bekerja, ada sahaja orang yang membantu mereka untuk memberi makan. Apakah Anda ingin seperti itu? Jika mahu Anda pasti akan mendapat bantuan dari orang lain atau famili. Tak usah takut kalau tidak akan makan. Semua rezeki dijamin Allah swt. Pertanyaannya, apakah hidup kita ini hanya untuk makan? 

2. Rezeki tingkat kedua adalah Allah akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Ertinya kalau ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Kalau kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih bersungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Allah Maha Adil. Kalau orang ingin mendapatkan rezeki lebih banyak, ia haruslah belajar lebih banyak dan bersungguh-sungguh bekerja. Itu adalah kuncinya. 

3. Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah swt. Inilah rezeki yang disayangi yang kepada yang diinginkan oleh Allah swt. Kalau kita pandai pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia, Allah akan tambahkan. Kita dapat merasakan kasih sayang Allah swt kepada kita, kerana rezeki dan kebahagian selalu ditambahkan. PemberianTuhan : waktu, akal, panca indera digunakan untuk mencari ilmu dan bekerja bersungguh-sungguh, maka rezeki akan jauh lebih baik dari pada orang orang yang tidak ada ilmu, seperti contoh orang-orang hutan Brazil. Bertahun-tahun rezekinya tetap sahaja mencari akar tumbuh-tumbuhan. Atau orang-orang kota yang kurang ilmunya (malas) maka rezekinya lebih sedikit. Atau suatu bangsa yang rajin membaca buku, maka bangsanya lebih makmur daripada bangsa yang malas mencari ilmu. Lihatlah Jepun atau negara-negara Barat yang rajin membaca buku yang bermanfaat dan sudah menjadi budaya pada rakyatnya. Hidup mereka lebih sejahtera. Contoh kedua: orang yang pandai mensyukuri bantuan dari teman-temannya, atau dari siapa sahaja, ia akan mudah mendapat bantuan selanjutnya, tapi kalau ia tidak pandai mensyukuri, atau tidak pandai berterimakasih akan bantuan 
yang sudah diterimanya (bukan hanya berterimakasih dimulut sahaja) maka ia tidak akan dapat bantuan lagi. Hidupnya akan susah lagi. Bukan Allah yang menghendaki, tetapi ia sendiri yang tidak pandai bersyukur. 

Orang-orang yang pandai, bersyukurlah kerana mendapat rezeki dan 
kebahagian yang lebih banyak. Janji Allah tidak meleset sedikit pun! 
Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera 
dan tenteram. Usaha-usahanya akan mendapat kejayaan, kerana Allah 
tambahkan selalu. Kekayaannya digunakannya di jalan Allah, sangat 
dermawan, pangasih penyayang, taat menjalankan ibadah. Semoga Allah menggolongkan kita kepada golongan orang-orang pandai bersyukur. 

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah 
kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." 
Q.S Luqman : 12 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." 
QS Luqman : 14 

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)." 
QS An-Nisaa' : 79 

"Orang-orang yang pandai bersyukur kepada Allah bererti ia pandai pula bersyukur kepada manusia, begitu pula sebaliknya." 
HR Baihaqi 

4. Rezeki ke empat 
Allah berfirman; "Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga." 
Q.S 

Jadi rezeki yang ke empat ini amat istimewa, tidak semua orang yang boleh menerimanya, kecuali orang yang betul-betul bertaqwa kepada Allah swt. 

Tanda orang bertaqwa adalah; Kalau disebutkan ayat-ayat Allah kepadanya maka menggigil hatinya ketakutan. Cuba kaji diri bagaimana ketaqwaan kita kepada Allah? Sudahkan kita ketingkat orang yang bertaqwa seperti diatas? 

Semakin diri ini kenal dan takut akan Allah dan mencintai Allah, ertinya makin bertaqwa maka Allah akan bantu. Rezeki Allah akan tambah dari sumber yang tidak diduga. Jadi orang bertaqwa rezekinya banyak dan mudah. Kalau sedikit rezeki (miskin) pertanda ia kurang bertaqwa kepada Allah swt. 

Demikianlah Allah mengatakan dalam Al Quran. Janji Allah tidak pernah meleset dan selalu tepat. 

Demikianlah, semuga ada manfaatnya. Kalau ada yang benar itu datang dari Allah dan kalau ada yang salah datang dari kelemahan kami jua. Mohon dimaafkan dan ditegur. 

Wassalamualaikum wr wb.

Sunday, October 30, 2011

Your Opinion?

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.



"kamu akan mengikut umat yang terdahulu (yahudi & christian) 
sehasta..demi sehasta..sampai mereka masuk lubang biawak pun,kamu tetap akan ikut.."..sahabat bertanya.."yahudi Nasrani ke Rasululah, yg umat mu akan ikut???NABI JAWAB :: "SIAPA LAGI..kalau tidak yahudi nasaro"...perawi : Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu,

http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Antara response yang diberikan:

1.  Secara kebetulan saja..... yg penting tutup aurat. Dan satu lagi, suara pung aurat jgak ..... ya tak

komen aku: Secara kebetulan? mungkin. Tapi kebetulan boleh diubah sekiranya pemahaman Islam dihayati and diamalkan untuk elakkan lebih banyak 'KEBETULAN' terjadi.

2. teguhkan keimanan dan ketakwaan...insyaallah,,,,,selamat,,,amin

komen aku: Alhamdulillah. Pemikiran optimistik!

3.  kbur je msing2,tp ingt, org yg kafankn kita 6t org lain,,org yg doakn kita pn org lain,mbca yasin tuk kite pn org lain..

komen aku: Kubur masing-masing tapi nanti kat akhirat kita yang muslim ni kene join sekali sebabnya yang buat perkara ni adalah muslim juga. Lainlah if kita dah beri teguran or yang seumpama dengannya.

4.  ler ni style pkaian je ni,,bkn tiru pn,,hbs 2 org kristian pn pkai bju,kite pn tiru kristian jgk la cmtu??abes tu imam tiru paderi ke pkai jubah??tiru cra hidup tu yg slah,minum arak ke,xttup aurat ke,gaul bebas,,2 bru pggl mniru yahudi

komen aku: Bagi aku, tak payahlah pakai pakaian yang berfesyen macam ni sebabnya boleh menimbulkan fitnah. Menjauhi fitnah kan lebih baik. Kesimpulan selepas aku baca penerangan kat bawah ni. Taken from here:



Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka di tempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; “Harus”. Dikatakan kepadanya; “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab; “Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”. Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukakan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati Kristian? Persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati Kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus-Salam Tawilah, hlm. 182.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj….
2. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 69789.

Nota hujung:
[1] Burnus; tutup/tudung kepala bersekali dengan baju atau jubah (lihat; Kamus al-Marbawi). Ia dipakai oleh rahib-rahib Kristian.
[2] Cepiau; Syeikh Idris al-Marbawi dalam kamusnya (Kamus al-Marbawi) menyebutkan; ia haram dipakai.

5. abis, pemain bola pakai suar pendek tu xde plak nak komen.....islam semakin hancur jika x tukar kerajaan dgn cepat.... bertindak segara....pangkah pas....heeeeeee

komen aku: Pemerintah kena faham iman, islam dan ihsan baru boleh nak mendabik dada bahawa Malaysia ni negara Islam.

6. Mmng tk ok gaya cmtu, tp mana lg ok, pkai tdung ke tk pkai tdung. Jawab?

komen aku: pakai tudung lebih baik. Tapi lebih baik if gunakan gaya yang betul.

Secara konklusinya berfesyen dibolehkan dalam Islam. Tapi biarlah kena dengan gayanya. Sekarang ni kita duduk dalam zaman fitnah yang berleluasa. Allah dan Rasulullah suruh kita jauhi fitnah. If pemakaian-pemakaian yang begini dan begitu boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat maka wajarlah bagi kita untuk elakkan. Pakai pakaian yang cap Chicken Brand pun okey apa. Aku selalu je guna.

That's all. Wallahua'lam.


p/s: I'm sorry.

Sunday, October 23, 2011

Thola'al Badru 'Alaina

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

I just wanna share with you about Fiqh. Hope you learn something.


Kisah Nyanyian (Sya’ir) Thola’al Badru ‘Alaina Ketika Hijrah Nabi
Kisah Yang Masyhur Tapi Tidak Sahih



Sya’ir Thola’al Badru ‘Alaina memiliki hubungan yang erat dan seringkali digandingkan dengan kisah Hijrah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari Makkah ke Madinah. Dalam masa yang sama, ia turut dijadikan sebagai dalil untuk mengharuskan lagu dan muzik sama ada bagi tujuan dakwah atau hiburan.

Malah ia seringkali dinyanyikan oleh masyarakat nusantara terutamanya kalangan Melayu Islam di Malaysia. Ia biasanya dinyanyikan atau dianggap sebagai nasyid ketika hari raya, sambutan maulid Nabi, marhaban, sambutan ulangtahun hijrah (awal Muharram) dan seumpamanya.

Apapun, sebenarnya para ulama telah menegaskan bahawa riwayat syai’r tersebut sebenarnya adalah lemah (dha’if). Sebarang penyandaran sya’ir tersebut kepada kisah hijrah Nabi sebagaimana yang banyak dilakukan oleh para tukang cerita, para ustaz, filem-filem rekaan, sebahagian kitab-kitab sirah, dan orang-orang terkemudian sebenarnya perlu ditinjau semula dengan baik dan adil.

Lafaz sya’ir yang dimaksudkan adalah:

طَلَعَ البَدْرُ علينا مَن ثَنيَّاتِ الوَدَاعِ
“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatil Wada’…”
وجبَ الشُّكرُ علينا مَا دعا للهِ داعِ
“Dan kami wajib bersyukur, atas apa yang diserukan oleh penyeru kepada Allah...”

Syaikh Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan menyatakan:

“Imam al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad dari (‘Ubaidillah) Ibn ‘Aisyah. Katanya, “Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tiba di Madinah, para wanita dan anak-anak mengucapkan: (Sya’ir dengan lafaz sebagaimana di atas).”.” (Dala’ilun Nubuwwah, m/s. 506. Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 87 – Daar Thoyyibah)

Al-Baihaqi juga meriwayatkannya dalam Dala’ilun Nubuwwah pada bab yang lain, iaitu bab orang-orang menyambut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika pulang dari Perang Tabuk. Kemudian al-Baihaqi menyebutkan:

وهذا يذكره علماؤنا عند مقدمه المدينة من مكة وقد ذكرناه عنده، لا أنه لما قدم المدينة من ثنية الوداع عند مقدمه من تبوك، والله أعلم، فذكرناه أيضا هاهنا

“Ini disebutkan oleh para ulama kami ketika beliau tiba di Madinah dari Makkah, dan kami telah menyebutkan pada tempatnya. Bukan ketika beliau tiba di Madinah melalui bukit Tsaniyatul Wada’ ketika beliau datang dari Tabuk, wallahu a’lam. Tetapi kami tetap menyebutkannya di sini (dalam bab ini).” (Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 87 – Daar Thoyyibah)

Penjelasan Kelemahan Riwayat Sya’ir tersebut:

[Pertama] Al-Hafiz al-‘Iraqi rahimahullah (Wafat: 806H) mengatakan:

أخرجه البيهقي في دلائل النبوة من حديث عائشة معضلا وليس فيه ذكر الدف والالحان

“Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Dala’ilun Nubuwwah dari hadis ‘Aisyah, ianya mu’dhal dan tidak dinyatakan padanya disertakan dengan duff (kompang) atau irama lagu (sebagaimana diutarakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin – pent.).” (Takhrij al-‘Iraqi dalam Ihya’ ‘Ulumuddin, 3/252 – Maktabah Syamilah)

* Mu’dhal bermakna pada sanadnya gugur dua atau lebih perawinya secara berurutan.

[Kedua] Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:

ضعيف. رواه أبو الحسن الخلعي في "الفوائد" (59/2) وكذا البيهقي في "دلائل النبوة" عن الفضل بن الحباب قال: سمعت عبد الله بن محمد بن عائشة يقول فذكره. وهذا إسناد ضعيف رجاله ثقات، لكنه معضل سقط من إسناده ثلاثة رواة أو أكثر، فإن ابن عائشة هذا من شيوخ أحمد وقد أرسله. وبذلك أعله الحافظ العراقي

“Hadis ini dha’if (lemah). Diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Khal’i di dalam al-Fawa’id, 59/2. Begitu juga al-Baihaqi dalam Dala’ilun Nubuwwah daripada al-Fadhl B. al-Habbab. Beliau berkata, “Aku pernah mendengar ‘Abdullah B. Muhammad daripada ‘Aisyah mengatakan, “(riwayat tersebut).”

Sanad ini lemah, para perawinya tsiqah tetapi mu’dhal kerana gugur dari sanadnya tiga orang perawi atau lebih. Ibn ‘Aisyah adalah salah seorang syaikh (guru) Ahmad, tetapi ia menyebutkan secara mursal. Al-Hafiz al’Iraqi juga melemahkannya.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

Beliau menjelaskan lagi:

تنبيه : أورد الغزالي هذه القصة بزيادة: "بالدف والألحان" ولا أصل لها كما أشار لذلك الحافظ العراقي

“Sebagai peringatan: al-Ghazali mengutarakan kisah ini (dalam Ihya’ ‘Ulumuddin) dengan memberi tambahan “disertakan padanya pukulan duff (kompang) dan irama lagu.” Tetapi sebenarnya tambahan tersebut tidak ada asalnya sama sekali sebagaimana diisyaratkan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

على أن القصة برمتها غير ثابتة

“Secara keseluruhannya, kisah ini tidak tsabit.” (al-Albani, Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, 2/63)

[Ketiga] Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) juga mengulas kisah (atau sya’ir) ini dalam Fathul Bari. Beliau mengatakan:

وأخرج أبو سعيد في شرف المصطفى ورويناه في فوائد الخلعي من طريق عبيد الله بن عائشة منقطعا لما دخل النبي صلى الله عليه و سلم المدينة جعل الولائد يقلن طلع البدر علينا من ثنية الوداع وجب الشكر علينا ما دعا لله داع وهو سند معضل ولعل ذلك كان في قدومه من غزوة تبوك

“Abu Sa’id mengeluarkan dalam Syaraful Mushthafa dan kami meriwayatkannya dalam Fawaid al-Khal’i dari jalan ‘Ubaidillah B. ‘Aisyah secara munqathi’ (terputus sanadnya), ketika Nabi memasuki Madinah, kanak-kanak perempuan serentak mengucapkan:

“Purnama telah terbit di atas kami, dari Tsaniyatil Wada’…”

“Dan kami wajib bersyukur, selama yang berdoa mendoakan kepada Allah...”

Ini adalah sanad yang mu’dhal. Kemungkinan peristiwa ini terjadi ketika beliau kembali dari perang Tabuk.” (Fathul Bari, 7/261-262)

Al-Hafiz Ibnu Hajar juga menyatakan, “ad-Dawudi mengingkari riwayat ini.” (Fathul Bari, 8/128)

[Keempat] Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) dalam Zaadul Ma’ad mengatakan:

وَبَعْضُ الرّوَاةِ يَهِمُ فِي هَذَا وَيَقُولُ إنّمَا كَانَ ذَلِكَ عِنْدَ مَقْدِمِهِ إلَى الْمَدِينَةِ مِنْ مَكّةَ وَهُوَ وَهْمٌ ظَاهِرٌ لِأَنّ ثَنِيّاتِ الْوَدَاعِ إنّمَا هِيَ مِنْ نَاحِيَةِ الشّامِ لَا يَرَاهَا الْقَادِمُ مِنْ مَكّةَ إلَى الْمَدِينَةِ وَلَا يَمُرّ بِهَا إلّا إذَا تَوَجّهَ إلَى الشّامِ

“Sebahagian perawi telah melakukan kesilapan berkaitan bait sya’ir ini dan mengatakan perkataan tersebut diucapkan ketika beliau tiba di Madinah dari Makkah. Dan ini adalah kekeliruan yang jelas. Kerana Tsaniyatil Wada’ adalah tempat yang letaknya dari arah Syam. Manakala orang yang datang dari Makkah menunju Madinah tidak akan melihatnya, juga tidak akan menemui tempat tersebut melainkan jika dia hendak menuju Syam.” (Ibnul Qayyim, Zaadul Ma’ad, 3/480)

[Kelima] Syaikh Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan menyatakan, “Di antara indikasi kelemahan kisah ini, bahawa riwayat-riwayat yang sahih tentang masuknya Nabi ke Madinah ketika hijrah tidak menyebutkan (walaupun secara umum) apa yang boleh menjadi bukti kebenaran kisah ini.

Bahkan riwayat-riwayat yang sahih menceritakan kata sambutan (jeritan kerana gembira) penduduk madinah di ketika beliau tiba. (Tidak diceritakan adanya sya’ir atau nyanyian)

Al-Bukhari dalam kitab Shahihnya bab hijrah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat ke Madinah, meriwayatkan hadis Anas B. Malik. Di dalamnya disebutkan, “Maka di Madinah ada yang mengatakan, “Nabi Allah datang, Nabi Allah datang...” Lalu mereka pun menuju ke tempat yang tinggi untuk melihat. Mereka mengucapkan, “Nabi Allah datang...”

Dan dalam hadis Bara’ B. ‘Azib disebutkan, “... kemudian Nabi datang. Aku tidak pernah melihat penduduk Madinah begitu gembira sebagaimana gembiranya mereka disebabkan kedatangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malah hamba-hamba wanita berteriak, “Rasulullah datang!” Dalam riwayat yang lain, “Lalu para lelaki dan wanita naik ke bumbung-bumbung rumah, manakala anak-anak dan para pelayan bertempiran di jalan-jalan. Mereka berteriak, “Ya Muhammad, ya Rasulullah... Ya Muhammad, ya Rasulullah...”.”

Ibnu Ishaq yang begitu terkenal sangat teliti dalam mencatat riwayat-riwayat sirah dan mengikuti peristiwa demi peristiwa pun tidak menyebutkan nasyid (lagu) ini dalam cacatan sirahnya.” (Muhammad B. ‘Abdullah al-‘Usyan, Ma Sya’a wa lam Yatsbutu fii as-Sirah an-Nabawiyah, m/s. 89-90 – Daar Thoyyibah)

Wallahu a’lam.
 

Sedarkah Kita?

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Anda pernah dengar nama ‘Natrah’ sebelum ini?

Natrah bersama ibu angkatnya, Che Aminah
Gadis berketurunan Belanda ini telah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada 24hb Mac 1937 dan beliau telah diberikan nama sebagai Maria Hertogh atau Bertha Hertogh.
Pada bulan Disember 1942, Bertha Hertogh yang berumur 5 tahun pada ketika itu telah diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad untuk dipelihara . Ibu kandungnya Adeline dan neneknya Nor Louisenya telah menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana bapanya telah ditawan oleh tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad adalah merupakan seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Bertha Hertogh telah diberikan nama Natrah dan terus dibesarkan di dalam suasana  kehidupan  dan pendidikan Islam. Che Aminah membawanya balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu pada 15hb November 1945 melalui Singapura kerana masyarakat di Indonesia pada ketika itu sangat membenci orang kulit putih yang telah menjajah Indonesia.
Bapa Natrah, Sarjan Hertogh kemudiannya dibebaskan pada 1945 selepas Hiroshima dan Nagasaki hancur dibom Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah telah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu pada September 1949, sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
Pada bulan April 1950, Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh yang kemudiannya membawa kes tersebut ke mahlamah. Dalam perbicaraan yang pertama, Ketua Hakim Mahkamah telah mengarahkan agar Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura mulai 22 Mei 1950.
Manakala pada perbicaraan ke dua bertarikh 19 Mei 1950, peguambela Encik Ahmad Ibrahim telah berhujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. (Allahyarham Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura).

Detik manis Natrah bersama suami tercinta, Mansor Adabi
Dikhuatiri peristiwa yang menakutkan ini akan berulang, maka  Natrah telah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung pada 1hb Ogos 1950 di Singapura.
Di perbicaraan seterusnya pada 2 Disember 1950, Ketua Hakim telah mengeluarkan perintah yang ke 3 untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Dalam kes ini, mahkamah mengakui bahawa Natrah telah secara rela dan tanpa dipaksa oleh sesiapa berhendak meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim.
Mahkamah kemudiannya telah memutuskan bahawa, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah pula tidak menyebut ‘ibubapa’ tetapi ‘penjaga’nya. Secara mendadak, tiba-tiba isu ini bertukar daripada isu agama kepada isu hak jagaan.
Hakim memberikan keputusan pada 12hb Disember 1950 bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya menjadi seorang penganut Katholik.

Isu Natrah di media perdana Tanah Air
Dari hari ke hari, isu ini menjadi semakin panas dan masyarakat Islam di Nusantara mengikuti perkembangan ini dengan begitu rapat sekali. Ianya menjadi semakin rumit sehingga mencetuskan satu rusuhan yang besar yang pernah berlaku di Tanah Melayu dan lebih khususnya di negara jiran iaitu Singapura pada tahun 1950 ini. Bahkan ada di kalangan umat Islam di Karachi, Pakistan juga yang telah mengadakan prores kerana bersimpati dengan nasib dan masa depan Natrah.

Tragedi berdarah Natrah – 1950
Umat Islam di Nusantara terutamanya di Tanah Melayu dan Singapura bangkit dek kepanasan bagi menentang usaha dan cubaan pihak tertentu untuk melari dan memurtadkan Natrah. Rusuhan ini telah menyaksikan seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang lagi telah cedera. Malahan Singapura juga telah dikenakan perintah berkurung selama dua hari.
Itulah harga aqidah di mata umat Islam pada tahun 1950.
Aqidah seorang yang bernama Natrah bukanlah satu barang murahan yang boleh dilelong atau dijual-beli malahan ianya begitu berharga sekali. Sekalipun umat Islam di Tanah Melayu masih dijajah British namun jiwa mereka masih merdeka untuk bangkit bersama di atas isu perdana umat iaitu isu aqidah.
Kalau dahulunya, Tanah Melayu dan Singapura digemparkan dengan seorang Natrah. Namun kini ratusan dan malahan ribuan Natrah tidak lagi membekaskepada jutaan hati umat Islam di rantau ini.
Biarpun kita mungkin mempunyai pandangan dan kaedah bekerja yang berbeza, namun sensitiviti umat Islam dengan agamanya jangan sekali-kali dibiarkan luntur.
Natrah….oh Natrah….
Biarpun kita punyai sejuta wajah, pastikan umat terus punyai satu aqidah….
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

Blog: Peduli Ummah
* Dr Zainur Rashid juga merupakan Perunding Aman Palestin & Naib Presiden 1 I-Medik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...