Tuesday, December 6, 2011

cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..?

Assalamualaikum dan salam dot..dot...dot..

Penulis pernah baca satu kisah benar..tp penulis lupa dimana penulis baca..

Dan penulis tak lah ingat sangat,apa yang dibaca,tetapi...penulis ingin berkongsi apa intipati utama post itu,mengikut pemahaman penulis sendiri ..

Begini kisahnya..

Mengenai seorang remaja lelaki ..

Dia bercinta dengan seorang gadis yang begitu cantik..

Dan mereka saling mencintai ..

Setiap hari,mereka menghabiskan masa bersama sama..

Namun begitu,mereka MASIH MENJAGA BATAS PERGAULAN ..

Mereka hanya berSMS dan tidak pernah berjumpa di mana mana secara berdua duaan ..

Satu hari,Si lelaki ini mengikut satu program dakwah ..

Disebabkan dia mempunyai asas agama,dan dia kemudian turut serta dalam golongan pendakwah itu..

Disana,dia berkenalan dengan ramai senior dalam dakwah..

Mereka menyeru kepada kebaikan,dan mengcegah maksiat..

Satu hari,mereka berjumpa dengan pasangan bercinta yang sedang membuat maksiat di pantai..

Lalu mereka sama sama menegur,dan menasihati pasangan itu secara baik ..

Mereka berjaya..

Pada malam itu,diadakan usrah sesama mereka ..

Mereka kemudian berbicara mengenai dakwah mereka pagi tadi..

Hasil dari usrah,mereka mendapati,bahawa kesan daripada aktiviti maksiat itu adalah wujudnya mainan CINTA..

Si lelaki yang turut sama dalam usrah itu cuba pertahankan konsep cinta sesama manusia..

Walaupun rakan rakan usrah yang lain berpendapat,bahawa CINTA sebelum nikah itu salah (ana tak guna haram kerana ana sendiri tidak tahu,apa sebenarnya hukum yang tepat)

Tetapi dia cuba persoalkan dengan mengatakan bahawa tidak semuap asangan bercinta membuat maksiat..

Kemudian,ahli usrah yang lain berkata,

"benar,tidak semua pasangan bercinta bermaksiat,tetapi ingatlah firman Allah yang iaitu "Wa laa taqrabuz zinaa" yang bermaksud "janganlah kamu menghampiri zina"

Allah tidak kata "janganlah kamu berzina ,tetapi Allah gunakan perkataan "HAMPIRI ZINA "

Bagaimana HAMPIRI zina itu?

Dengan bercinta...maka zina semakin hampir berbanding dengan pasangan tidak bercinta...benarkan?

Si lelaki itu masih keras..

Dia tetap yakin dengan dirinya,dan cintanya ..

Tetapi,kerna hidayah Allah padanya..

Dia tidak merasa tenang dan senang..

Dia cuba memcari nas nas yang memebenarkan CINTA..

Tetapi ....

Tiada ... kalau ada pun,tidak dapat dikaitkan ..

Lalu dia berjumpa secara peribadi dengan seorang senior nya..meminta pandangan..

Dia menceritakan segalanya..

Seniornya kemudian berkata,

Sekiranya kamu mencintai dia,kamu patut melepaskan dia kerna kamu dan dia sama sama menanggung beban untuk dilaknat Allah kelak..

 
   Perasaan cinta itu suatu fitrah dan anda bertuah sekiranya terbit perasaan tersebut,kerana itu menandakan anda seorang manusia yang normal.

Tetapi kita juga dikurniakan akal fikiran untuk memandu keinginan nafsu dan berfikir untuk melakukn sesuatu berlandaskan ajaran Allah. 

Namun sayang kerana ramai yang ambil langkah untuk bercouple..

Persoalannya sekarang, adakah Couple itu satu perkara yang diajar oleh nabi Muhammad kepada kita?

jika anda sudah tahu semestinya jawapan bagi persoalan itu adalah Tidak, lakukan penghijrahan. 

Tidak perlu tunggu dan mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan cinta naif anda. Tinggalkanlah perkara yang mengundang dosa itu.

Kemudian..

Si lelaki itu memohon petunjuk dari Allah..

tidak lama kemudian..

Dia memutuskan untuk bercakap dengan teman wanitanya..

walaupun Dia masih berat untuk melepaskan kerna cinta dan sayangnya kepada perempuan itu..

sekeping SMS dihantar kepada teman wanitanya ...

"Assalamualaikum,saya ingin kamu mengetahui,bahawa saya amat mencintai kamu,tetapi, saya baru sedar,hubungan kita sebenarnya TIDAK MENDAPAT REDHA Allah,...sukar untuk saya membuat keputusan ini,tetapi saya harap,kita berhenti sahajalah dari hubungan terlarang ini..saya bertindak begini bukan kerna cinta saya kepada kamu sudah hilang,tetapi kerna cinta saya kepada Allah kian bertambah,dan sekiranya ada jodoh antara kita....InsyAllah dengan izinnya....kita akan bersama kelak,maafkan saya..assalamualaikum" (Anda boleh copy untuk dihantar kepada pakwe/makwe anda...ehe)

Lalu,teman wanitanya membalas ,

"Terima kasih,sama sama doakan jodoh kita kelak..assalamualaikum" 

Si lelaki itu berasa amat berat,sedih dan begitu terseksa zahir dan batinya ..

Tetapi...

Cinta kepada Allah membuatkan dia semakin kuat...doanya,dia tetap berharap akan jodoh mereka. ..

Begitu....adalah anda MASIH TAK MAMPU untuk tinggalkan PASANGAN anda??


Imam Al Ghazali pernah menulis,

"Sekiranya kamu sayang akan seseorang itu,doakanlah kebaikan untuk dirinya."

Doa itulah sebenarnya tanda bukti sayang dan kasihnya kita terhadap seseorang.Bukan dengan cara menjalinkan hubungan..Ingat,matlamat tidak menghalalkan cara..berpeganglah pada janji Allah.Dia tidak pernah memungkiri janjinya.

Seandainya anda takut kehilangan pasangan yang anda sayangi itu,yakinlah pada Allah.

Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba-hambaNya.Boleh jadi sesuatu yang anda sukai itu tidak baik buat diri anda,dan boleh jadi sesuatu yang tidak anda sukai itu amat baik untuk anda...

Tawakkal dan serahlah semuanya pada Allah..Bukankah Dia yang menentukan ajal dan jodoh pertemuan kita semua?

SEMOGA KITA SEMUA....SENTIADA DALAM REDHA ALLAH ...

PS- Penulis tidak mahu bersikap hipokrit,dan kata orang "eleh,amar tu,bila dah putus cinta baru tulis camni...dulu....."

Benar...dulu ana pun pernah sama begini...

Dan ana tidak lah meminta putus kerana cinta kepada Allah,tapi kerana budak tu tinggalkan ana untuk ke lelaki lain ..huhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhuhuhu.....waaaaaaaaaaaa

Tapi,ana percaya...

Ini rencana Allah untuk ana..

Semoga,Allah juga merencanakan yang terbaik untuk kalian semua..

cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..

Semoga kita diampunkan Allah ....
cinta yang halal sebelum nikah hanyalah KHAYALAN semata mata..?

3 comments:

syapa said...

pnulis...aq cm trnmpk sumtink tme bce ni...nk copy n paste bole?? thanx 4 da nshat...

Anonymous said...

http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/12/declaration-of-hukum-haram-beza-antara.html

Anonymous said...

btol tu.. cinta b4 kawin xmampu bwk kite ke mane2 pon...
tingkatkn keimana kepada ALLAH, insyaALLAH, jodoh kite akan datang seiring dengan ketaqwaan kite...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...